Seksyen 1
Apa itu REN, PEA dan Ejen Hartanah?
Tiga istilah ini kerap bercampur aduk, sedangkan kelayakan dan kuasa bertindak ketiga-tiganya berbeza di bawah Akta 242.
- REN Real Estate Negotiator
- Peringkat permulaan
- Perunding hartanah berdaftar yang bekerja di bawah seliaan sebuah firma ejen hartanah berlesen. REN memasarkan hartanah, membawa pelanggan melihat rumah, dan menguruskan rundingan, tetapi setiap transaksi tetap di bawah tanggungjawab firma dan ejen penyelia.
- Syarat asas: umur 18 tahun ke atas, sekurang-kurangnya SPM atau setaraf, hadir kursus NCC dan lulus penilaian, kemudian didaftarkan dengan LPPEH melalui firma. Setiap REN diberi nombor tag REN yang boleh disemak oleh orang awam.
- PEA Probationary Estate Agent
- Peringkat percubaan
- Ejen harta tanah dalam percubaan. Seseorang menjadi PEA selepas lulus Peperiksaan Ejen Harta Tanah Bahagian I dan Bahagian II yang dikendalikan oleh LPPEH.
- PEA perlu melengkapkan tempoh latihan amali di bawah seliaan ejen berdaftar dan menyerahkan buku log serta laporan, sebelum layak memohon menjadi ejen berdaftar penuh. Ini laluan profesional jangka panjang, bukan syarat untuk menjadi REN.
- REA Registered Estate Agent
- Ejen berdaftar penuh
- Ejen harta tanah berdaftar sepenuhnya dengan LPPEH. Hanya REA yang layak memiliki atau mengetuai firma ejen hartanah, memegang nombor lesen firma seperti E(1) 1925, dan menyelia REN di bawahnya.
- REA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tingkah laku profesional pasukannya, akaun klien, dan pematuhan kepada Piawaian Amalan Ejen Harta Tanah Malaysia (MEAS).
Nota penting. Hanya individu berdaftar dengan LPPEH dibenarkan mengendalikan urusan perejenan harta tanah di Malaysia. Bertindak sebagai broker tanpa pendaftaran adalah kesalahan di bawah Akta 242. Nombor pendaftaran mana-mana REN atau firma boleh disemak percuma di portal rasmi LPPEH.